Thursday, 21 April 2016

Tips Untuk Pergi Interview Kerja





Last year my boss decided to expand the department. Memang seksa ya sbb masa outage last year, memang aku sorang yang pulun buat semua benda sebab masa tu new colleague tak masuk lagi. Bayangkan lah, 1 hari boleh masuk request for tender sampai 20 request. Dah macam sotong saya buat kerja yuols. So selepas gedebak gedebuk dapatkan approval from management, baru lah dapat cari orang. So last 2 week my boss asked me to help him to shortlist the candidates. Aku shortlisted 10 orang. Lepas tu, dia ajak pulak aku masuk interview session sekali. So dari experience itu, haruslah iols share dekat sini, untuk rujukan diri sendiri jugak di masa akan datang, dan rujukan para pencari kerja di dunia yang fana ini.


  1. Pakai baju elok sikit - nama pun pergi mencari kerja kan, so dress up sikit tau. Jangan over dressed, cukup dengan nampak kemas dan bergaya. Untuk yang lelaki, maybe boleh potong rambut sikit supaya nampak lebih kemas, perempuan pulak kalau yang bertudung, jangan pergi pakai brooch bersaiz pasu bunga pulak. Ingat ye, 10 mins pertama tu yang akan influence decision your employer untuk hire korang atau tak, so first impression tu penting. 
  2. Jangan menipu - Jangan menipu, dosa, mak marah. Tetiba! Jangan menipu tentang employment history, previous gaji atau level of skills. Sebab normally HR akan counter check ye previous employment history korang and buat reference check, so kalau kantoi nanti, sungguh tak berbaloi. If contohnya, korang tau SAP, tapi just beginner level, admit je yang kita hanya tau sikit2, dari duk pongpang cakap mcm korang very the advance gitu. Sebab nanti if misalnye korang terpilih, tiba2 tak nampak pun skill tu, so camana? At least if kita mengaku yang kita ni beginner and kita terpilih, employer akan try hantar kita for training etc.
  3. Badmouthing pasal previous boss - This is a BIG no. If dia tanya, "do you like working in your previous company?".Mungkin korang boleh jawab macam ni " I love working there but I think the challenges are limited, I need more than that!" instead of "Tak best langsung kerja situ, gaji sikit, bos macam tahi and suka bagi kerja banyak". Jangan tau. Jawab dengan positive. Seriously jangan negatif, memang kau akan direject serta merta. Ini penting sebab ada bos yang sensitif dan akan rasa korang akan buat benda yang sama bila korang resign after kerja under dia nanti. #beentheredonethat
  4. Bertanya - Selalunya at the end of interview session, panel akan tanya "do you have any question?". Tolong lah tanya dan jangan jawab takde soalan. Tanye je la ape2. Contohnya, maybe korang boleh tanya "what are the criteria that you are looking for this position?". This tips akan nampak macam korang berminat2 sangat dengan this position, and will give you extra mark CHING!
  5. Find info about the company - Ini pun penting ya. Memang secara logik nya pun, if kau nak cari kerja dekat 1 company ni, mesti korang kena tahu what this company doing etc. Try to Google any related info about the company, or at least sikit2 pun jadi lah. Tolong jangan jawab tak tahu. Sangat mustahil okay tak dapat info dekat Google unless korang pemalas. Manusia2 genius da create Google, pls use it tanpa rasa was2.
  6. Datang awal - Be organized and time planning is important. If misalnya korang ade masalah teknikal dekat rumah, at least pre notify them, and apologize. Ni jangan lah dekat skills dalam resume korang tulis "i'm very organized person blablabla" tapi datang interview lewat 20mins. Sangat kontra yuols.
Yang penting, always always always be confident. Bila korang confident dan tenang, nampak korang very the pro gitu instead of menggelabah sambil jawab sambil tak duduk diam. Usaha, bila da usaha, tawakal. Trust your self, and the Almighty. 

Good luck! 

No comments:

Post a Comment