Tadi duk tengok gambar2 lama dalam phone, so tiba2 tertengok gambar masa honeymoon di Bali. Kitorang memang awalnya taknak pun pergi honeymoon sebab takde bajet, tapi ade kawan ai yang begitu pemurah sekali nak belanja tiket flight as wedding gift and so why not, kitaorang pun book la hotel tanpa tengok kalendar perayaan di Bali. Dan2 ade pulak bajet kan! HAHAHA. Gedebak gedebuk itu ini, sampai stage ktorang tengah cari supir, and dapat contact Pak Hery dari kawan A yang pun honeymoon dekat Bali sebulan sebelum kitorang. Dan2 time tengah discuss itenary dengan dia, tiba2 dia bagitau:
"Mas, tanggal 8 dan 9 Maret itu Hari Nyepi Mas, ada perayaan dan ngak boleh keluar." BOOMMMM!
Aku tengah tidur tau masa tu, sampai A kejut aku and cakap "Yang, supir ni kata time kita g tu, hari nyepi lah!" Terus eh aku bangun. HAHAHA. Sebab tentative plan nye kami ke Bali dari 7th March until 10th March, on 7th tu kami touchdown di Bali dalam around 8pm macam tu balik on 10th ETD around 5pm macam tu, so memang ade 3 hari je untuk berjalan. Dah kalau 2 hari tu tak boleh jalan, bila nya kami nak jalan2? So terus kitorang decided to extend our trip. So 3 malam tidur di villa ala2 bercuti dengan Bunga Citra Lestari, 2 malam lagi tidur hotel ala2 je HAHAHA. Tapi jangan risau, hotel murah dekat Bali memang banyak, hotel 2-3 stars dia sangat la okay walaupun takde pool dalam bilik. Kawan kami tu pun alahai pemurah nye siap belikan tiket baru untuk kitorang extend the trip. Sayang kawan saya. #muahciked
Hari Nyepi ni known as Silence Day in Bali, diraikan oleh kaum Hindu di Bali sahaja ye, time tahun baru Saka diorang. Macam Muslim ade tahun baru Hijrah, dorang panggil Saka. Perayaan ni diraikan setiap tahun, tapi date lain2. Macam hari Raya kita lah. Tahun 2016 ni Hari Nyepi ni jatuh on 9th Maret 2016. On hari Nyepi itself, kaum Hindu selalunya berpuasa, semua orang tak dibenarkan keluar dari 6am hari tu sampai 6am hari seterusnya. Lampu pun tak boleh bukak. Memang real eh, no cheating. Kitorang bukak la lampu dekat area hall luar bilik kitorang lepas tu tiba2 orang hotel ketuk pintu sebab kena tutup lampu walaupun ko dalam hotel. So dia suggest bukak lampu bilik je, then tutup dengan night curtain. TV pun takde tau. Memang NO ENTERTAINMENT allowed. Even airport pun dorang totally shut down semua, except hospital. So mereput la kau dalam hotel. Nasib baik hotel kami bg CD yang boleh pinjam and board games. Breakfast pun boleh tapi xboleh keluar dari premise. Room service pun boleh tapi sampai 5pm je. Malam non ado. Nasib baik kitorang bawak makanan pack banyak untuk menampung nafsu rhinoceros kami ni. Kaum Hindu di sini percaya yang hari Nyepi ni adalah hari penyucian diri dan alam semesta. So duduk la diam2 korang, jangan cuba nak keluar, sebab ade tourist yang kena tangkap polis sebab nak jugak keluar. Tak faham agaknye haha.
On the day before Hari Nyepi which is on 8th March tu, dorang akan buat satu ritual yang di panggil Melasti atau Melis. Pak Hery kata untuk halau hantu, syaitan and any negative element sebab tujuan hari Nyepi ni untuk create balance between manusia dan alam. Rituals ni basically utk buang segala hal negatif dan penyediaan untuk mulakan tahun baru tu dengan something yg new and positive. Ala2 macam NEW YEAR NEW ME! gtewww. Unik kn culture dorang. Sumpah impressed. Dekat Pura or temple selalunya memang akan ditutup jalan sebab dorang perform rituals ni di setiap daerah dan kampung. Pak Hery memang dah pesan kalau nak tengok rituals tu kena balik awal, sebab katanya lewat malam nanti ramai muda mudi mabuk, bahaya untuk tourist yang tak biasa di area tu. Dia memang tak bawak kami jalan on 8th tu sebab jalan selalunya akan macet bangat. So on 8th tu, around 5 pm macam tu kami jalan ke Pura dari hotel, around 10mins macam tu. Nasib baik sampai agak awal, so dapat la tempat berdiri yang boleh nampak rituals dengan clearnya.
At the first 10-15 mins, dorang akan start dengan alunan muzik dulu. Lebih kurang macam intro la, ambik mood dulu. Agak lama la, kitorang dah macam "eh memang gini je ke?" HEHEHE. tak sabar sangat rupanya. Lepas tu, nanti akan kuar someone yang pakai ogoh2 punya sut. Ni kira aku rasa mcm ketua dia kot? Yang lead the ritual. Nanti dia akan joget2 dengan kelajuan minima, macam seru hantu gitu.
Ni kira klimaks lah ni. Masa first 20mins tu, ada sorang 2 orang yang jerit2, tapi semua orang macam biarkan je. Aku ingat dorang memang sakit. Ohh lama2 baru faham sebab makin lama, muzik dia makin kuat and laju, makin ramai yang jerit2 sampai terbangun2 macam ni. Aku rasa dirasuk syaitan kot. Sebab dorang nak kuarkan syaitan kan, so syaitan tu kuar ikut badan dorang2 semua ni kot. Klimaks nye bila semua dorang yg dirasuk ni bangun, and pusing keliling bulatan. Tapi jangan risau, dia takkan kacau orang yang berada dekat luar gelung. Nanti makin lama makin laju and makin kuat dorang pusing dan jerit, tiba2 PHEWWWW ada kepala anak babi di udara. Kira macam korban dorang la. Terkejot iols, ingatkan anak babi tu untuk suka2 je. Patutlah anak babi tu jerit2 time awal2 nak start tu, mungkin dia da rasa dia akan mati. Kata Pak Polisi ni, nanti bila da habis, orang2 yang dirasuk ni akan di bawa ke dalam Pura untuk diubati. Lepas da abis ritual ni, dorang akan break dlm 1jam untuk preparation ogoh ogoh parade. Ogoh2 ni macam patung2 yang dorang buat untuk takutkan hantu. Sangat cantik ukiran dorang. Ogoh2 ni ade cerita masing2, depends dekat cerita dongeng kaum Hindu dekat sana. Dorang akan buat pertunjukan ikut cerita yang diinspired tu before they start the parade. Ogoh2 ni akan dibawa berarak dengan api ke seantero kampung dan bandar untuk halau lagi hantu. Yang aku perasan, dekat setiap junction, dorang akan pusing 3 kali. Pak Hery kata sebab nk halau hantu. Aku cam 'Ohhhhh..."
Da sampai malam, aku pun da lemau sebab panas gila. Suhu dekat sana time tu 39 ye. Berlumut ketiak ni. Pastu jumpa satu warung kecil, so makan jap la. Ni nama nya tipat tahu. Ketupat dan tauhu. Makan dekat kuah yang macam kuah sate madura tu. Pastu ade keropok. Enak bangat. Harganya IDR 15,000.00 sahaja.
This one is definitely one of the best experience in Bali. Rasa untung jugak dapat pergi time macam ni, Unik culture dorang ni, bila kita tengok rasa macam amazed nya. Semua kaum ade kepercayaan masing2, aku personally rasa sangat penting untuk kira respect each other punya culture and beliefs. Dari situlah wujudnya keamanan dan persefahaman. Amboi, #deep. LOL
No comments:
Post a Comment