Assalamualaikum gais. *krik krik*
Kawan-kawan aku maklum tahu yang kedai ni memang kedai fav aku, dari zaman aku belajar lagi. Aku memang suka hawkers centre macam ni. Seronok tau. Tapi sejak duduk Seri Kembangan ni, aku jarang ke Damansara, sebab jauh yuols. Cam rengsek je nak kuar jalan2 cari makanan sampai ke Damansara, kecuali kalau macam teringin sangat sampai terfikir2 dan tengiang2 rasa makanan tu dekat hujung tekak.
Luckily, A ajak ke sini last Friday. Aku sebagai isteri taat, selalunya tak membantah. Dan2 je. Pdahal memang teringin. Disebabkan aku keluar office at 5pm, ktorang sampai agk awl, around 6pm. Kecewa sbb tak buka lagi gais. Hmmm. Uncle ni kata selalunya dia bukak around 630 pm. So if nak ke sini, datang around 630 pm tu da just nice la.
Ah Keong Chee Cheong Fun ni terletak dekat Hawkers Center Damansara Uptown. Ni direction, yang dicedok melalui peranti serba tahu, Google and kyspeaks.com
Kedai Ah Keong ni, masuk2 je dekat pintu utama tu, turn ke kanan, kedai dia hujung sekali. Senang lah nak cari. Kedai ni halal tau, so sila makan tanpa was2. Nanti syubhah aiyokk kita tak tahuuuu! Super longgggggg q sangat normal ye bagi kedai ni, tapi dont worry, the service is efficient, always super fast one. Uncle ni also veryyyy friendly, uncle ni lah yang buat kita always rasa nak datang, nak datang and nak datang lagi. Walaupun wife dia, and sometimes ada anak perempuan dia jaga, dorang ni agak kekwaits sikit, selalunya tak senyum and bercakap pun. Hehehe. Nanti dekat tray depan tu, ada macam2 jenis fish cake, telur, wantan goreng, sayur and yong tau foo punya barang2 yang boleh korang pilih. Aku ni biasalah kan, dasar gemuk, always opt for the fried one. Some of the condiemtns aku rasa dia buat sendir,i some of them selalunye aku nampak dia kuarkan dari paket2, so ready made la kot. Kuah dia yang aku rasa dia 100% buat sendiri, and this is the fun part.
Aku amik, kuew tiaw, fish cake goreng, wantan goreng. Ada 3 options for you to eat, with kuah manis pedas, kuah kari or sup. I normally opt for kuah pedas manis ni. Sumpah aku tak tipu, sedap gila. Manis campur pedas, kau memang the bomb. Tiberrr. Match pulak dengan sambal and nanti dia taruk bijan. Fish cake and wantan tu digoreng garing, nanti ada krap krup krap krup okestra dalam mulut korang masa makan ni. Haha. Kuah tu available for refill, Kan da cakap Uncle ni baik. Harga? Price wise aku rasa agak murah. Satu pinggan untuk kuantiti macam aku makan ni, only cost you RM 6.00. Apalah sangat RM 6 tu dengan level kesedapan yang dia da bagi tu kan.
Uncle ni selalu off day tak tetap. Penah seminggu tu aku datang 2-3 kali, tutup. Rupanya dia close sbb cuci dapur. Ciss. So tengok nasib lah ye. Tapi usually kalau takde pape, hari2 pun dia bukak je.
Address:
Stall 1097, Damansara Uptown Hawker Centre, Jalan SS 21/39,
Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Opening Hours:
1900 - 0100 Daily (except for the unscheduled weekly off days)
No comments:
Post a Comment