Thursday, 15 June 2017

Melbourne Trip - Day 2


Lets continue with Day 2 activities.

As per itenary, 2nd day ni memang kita focus nak pergi dekat2 dulu. Malam tu rehat puas2 sebab pagi nak drive. So we went to Philips Island! Journey takes around 1jam 1/2 from CBD. Waze sajork yuols. So far kitorang rasa jalan dia sama je macam kat Malaysia. Along the way kan, cantikkkkk sangat. Pakkal je la tak boleh berhenti, sebab highway kan. Sempat la feeling2 macam dalam movie kejap. Hehe

First pitstop, Maru Koala & Animal Park.



Dekat sini, ada banyak animal mcm wallaby, koala, kangaroo, burung2 etc. Some of it dia letak dalam sangkar, some of it dia lepaskan je. Ticket price was AUD20 per pax. Perfect for kids and adult as well. Food for animal can be purchased at counter dengan harga 2AUD per bekas. Bestnya dekat sini, tak busuk pun seriously! Yang aku tak puas hati sebab koala tu tak bangun pun padahal awal2 da berazam
I.MUST.TAKE.PICTURE.WITH.KOALA. Hahaha. Nak bergambar dgn koala boleh, tapi bayar AUD20 per pax ya.

If dalam gambar tu ada 3 org manusia, so AUD60 lah kau bayar. Kbye lah. Dekat sini ada cafe jugak yg kau boleh lepak sambil tengok kangaroo melompat2. best gila! Macam semalam, makanan dgn air roughly AUD20 per pax. 








Sebenarnya kangaroo dia ada banyak, tp dalam gambar ni entah kenapa nampak macam ada seekor je? HAHAHA. Sebab yang lain semua tengah kejar another group rombongan budak sekolah yg bawak 1 besen makanan kangaroo. Yg ni albino, so cuteeeee i swear! Comel sangat dia nak makan tu siap pegang tangan kita suruh be hold OMG! Rasa nak bawak balik je. 

Next pitstop, The Nobbies.

The Nobbies ni actually hujung west of Philip Island. From Maru Koala & Animal Park ni, journey takes around 45 mins to arrive. Macam biasa, along the way memang lawa gila. Simpan je la phone tu and just enjoy the view. Sampai the Nobbies tu, masuk free je tak payah bayar. Da la lawa gila, free pulak tu, bersih. Power gila dorang ni jaga hotspot dorang. Lecturer aku kata, if kau lucky, dekat sini boleh nampak seals. Tapi kitorang tunggu jugak, NON ADO. Certain musim pulak, ada whale lalu. So cuteeee! And awal2 da bagitau ye,sini ada ular yg dorang memang lepaskan sebab rare species. Tapi dia tak kacau orang if dia tak feel threaten. Aku punya cuak sebab tak tau la mcm mana nk bg ular tu rasa tak diancam kalau aku jumpa dia hahaha, Alhamdullilah lah tak jumpa. 



On the way balik, sempat singgah ambik gambar dekat pantai. Berhenti je sebab memang takde orang. Kau nak buat photoshoot ala2 macam dengan Yu Tsai pun boleh dekat sini. 


Next pitstop: Philip Island Chocolate Factory

Image result for phillip island chocolate factory

Kitorang benti dekat sini for souvenirs and makan petang Sini malam awal ya, pukul 6 dah gelap. So kitorang abiskan jalan awal sebab takut nak balik tu gelap, risau pulak if apa2 since kereta takde insurans hehe.

If nak beli choc dekat sini, boleh sebab disarankan. Price quite mahal tapi sedap. Makanan pun big portion, fish and chip sepinggan tu kitorang share berdua pun dah kenyang sangat. Pricing makanan dekat area Melb ni almost sama, sekali makan mesti more or less AUD20 per pax. Sini ada nasi okay lauk kari. Jangan main gila. Agak dah kebulur sangat nasi tu boleh la makan sini. Hehe


Okay the end of Day 2. Bye!

Wednesday, 14 June 2017

Melbourne Trip! - Day 1

Hi Assalamualaikum!

Macam biasa la, dah berbulan tak belog, tiba2 nak tulis. Pebendaaaa? Hehe

Last month, a week before puasa, we had so much fun in Melbourne. This trip is actually our first trip with my bestfriend together with my husband of course, sebab last time masa we planned to go Hong Kong, iols tak ikut. So awal2 masa kitorang planning for Melbourne trip ni, Q dah pesan, "MESTI JADI OKAY!". Walaupun dah hampir2 tak jadi, kitorang jadikan jugak since dah plan for almost a year kot. 

Ticket flight kitorang cari for few months jugak sebab Melbourne ni cm hot destination jugak, so jarang la price dia reduce. Aku subscribed price alert dekat Skyscanner, so we can monitor closely on the pricing changes. The cheapest price we got is RM 790 return. Tapi masa tu tak beli sebab duit ASB tak masuk lagil. #biglol. Thank God few weeks after tu, masa tu ada promo Air Asia, so kitorang terus book. We managed to get the ticket for RM 827 retun per pax. Alhamdullilah. Visa kena ada ya, tp online visa je, cost around RM 30 per pax, boleh buat online saje. 

Journey KUL-MEL takes around 8 hours to arrive. Suggest ambik tiket malam, so kau boleh membuta dengan jayanya masa dalam flight. Hari nak fly tu aku masih kerja, memang saje dok penatkan diri, naik flight je, aku rasa ruang udara Port Dickson tak masuk lagi aku dah tidur.  Sampai je pagi dah dekat Melbourne. Timing dekat Melb awal 2 jam ye. Kitorang pergi time autumn, weather just nice. Coolest was 9c. Weather is a bit windy, but aku suka sebab cam tak mandi pun takpe sebab aku sentiasa wangi dekat sana. Kau rasa? Autumn sini tak yah pakai baju lapis2, just tshirt and jacket je. If sejuk sikit baru kitorang pakai heattech. 

First thing first, kita cari simcard dekat airport. Mostly ppl will opt for Optus, tapi sebab Optus punya line beratur tu panjang gilo, kitorang g kat Vadofone. Lebeh kurang je price dia, kitorang beli pakej data 9GB and free call, only cost us 40AUD per simcard. Apa yang kitorang perasan, data usage dkt sana lg jimat compared dekat Malaysia. Bayangkanlah 6 hari dekat sana dok scroll instagram mcm orang x pernah jumpa media sosial, dgn live session lg bagai, masa balik data kitorang ada balance lebih 7GB lagi. Kalau dekat Malaysia, tak dapat jep. 

And then, kitorang settlekan kereta sewa. Dekat airport ni berlambak2 agent kereta sewa. We booked through Avis. You can check the car company dekat website dorang. Banyak. Initially, kitorang book kereta compact ala2 Getz gitu since kitorang just 3 pax je kan, tapi entahlah kenapa dia bermurah hati sangat bagi kitorang Nissan Pulsar. Rezeki jangan ditolak gais. Process was fast and easy, bawak booking receipt, tp makesure ada credit card ye sebab payment dia tak accept cash. Price was RM 880 for 6 days. Fuel dia bagi full masa collection, tapi bila return kena penuh jugak lah. Kitorang tak amik insurans sebab mahal gila, tp kena bawak dengan sopan la ya. Lesen Malaysia boleh guna dekat sana. Cara pemanduan dekat city area je yang agak confusing, sila berhati2. Kalau tak, nanti kena hon macam kami. LOL

Ni kereta sewa kitorang dengan model. LOL

We chose Airbnb for our stay, since nak cari apartment yang ada dapur. Biasalah KG uols, mesti nak masak2 kan? Kitorang stay dekat Little Londsdale Street area CBD. Hayden the owner was so cooperative, even rumah kecil sikit compared dgn picture advertised in website, kitorang satisfied sebab so complete and selesa. Price was RM 1692 for 5 nights (apartment 2 bedrooms, with complete kitchen). Aku suka invest dekat accommodation sebab nak selesa, after penat berjalan. First day activity, semua pun nearby CBD area. Sebab first day tu nak settlekan kereta, rumah etc, bila sampai rumah dah petang pun. Sempat la membuta kejap #fefeelingjetlagged. Btw, if nak masak, barang dapur can be purchased at Coles. Coles ni mcm Tesco. Ada di mana2.

First spot kitorang pergi was Eureka Skydeck. Jalan kaki sajork guna Google Map. Takes around 20 mins from our Aparment. Eureka Tower is the tallest building in Australia, and 15th tallest building in the world (as of 2016), ada 88 tingkat semuanya. So if you happen to be in Melbourne, rugi lah tak pergi sebab from the skydeck, kita boleh nampak whole Melb city. Suggest to go time sunset. Kitorang pergi malam, cantik gila sebab lampu banyak. Tapi if pergi time sunset or petang, rasanya lagi cantik sebab their sky lawa gila. Sempat la feefeling Che Ta kat atas tu. Ticket was AUD 20 per pax.






Before we call it a day, sempat kitorang dinner. Memang confirm kitorang KG uols, sebab awal2 dah pergi cari makanan melayu. HAHAHA. From Eureka Skydeck, jalan around another 20 mins to arrive Little Ipoh (La Trobe St). Masa masuk kedai tu, ada 1 waiter ramah suggest kitorang macam2, tp aku rasa mcm familiar je dia ni. Aku tanya husband and kawan aku, dua2 blur. Before balik sempat tanya, rupanya dia ex group X-Factor, Shah. KAHKAHKAH. Patut la mcm kenal sebab dulu masa sekolah aku taste dengan Danny XFactor tu. #hehehe. Food was awesome, affordable price. Kat sini makanan around 20AUD per pax, sekali makan siap air. 




Tips untuk survive dan bergembira kat sini, kau jangan convert currency. Just spend!

Currency during our trip: RM1=AUD 3.32

Friday, 21 April 2017

Ais Kepal at Bits and Bobs Ipoh


Hai! Lamanyaaaaaaa away. 10 bulan from previous post. Tak kesah la, janji nak tulis jugak. 

This is one of the most recommended place in Ipoh. Kong Heng Square Ipoh. Dalam area ni, ada Plan B, Sekeping Kong Heng, Little musuem of Yasmin Ahmad and of course, Bits and Bobs yang jual ais kepal!

Direction nak pergi tak susah since Ipoh town is quite small, pusing2 pun dalam tu jugak. Our plan initially just to pusing2 je, tapi bila sampai sini cam best pulak nak try this ais kepal. So jakun tau sebab dulu masa kecil tak pernah pun makan ais kepal ni. #gilanoobkauasalmanani . Kedai dia betul2 belakang Plan B, small kiosk but so cute and sell other stuff too like old books.


A lot of flavour offered, we opt for sarsi and roselle at only RM 5.00. So cheap and instagram worthy kan? Hahaha



Cara nak makan dia kan, you really have to sedut the ice ball. Aku seriously pergi mintak sudu dekat staff tu, and she said "no sudu. Just sedut!" Hahaha. So we just sedut the ice. Surprisingly, so cooling, tasty, and not to sweet. Perfect to quench your thirst.

If you happen to be in Ipoh during reading this, pls go and try!

Bits & Bots
99 Jalan Sultan Yussuf (@ Kong Heng Square), 30000 Ipoh, Perak
Business Hour: Mon: 10:00 am – 5:30 pm; Wed – Sun: 10:00 am – 5:30 pm

Monday, 30 May 2016

Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Melaka

Hai! 

Spent my weekend at A's hometown dekat Tampin last week. On the way to Tampin, singgah kejap dekat Melaka sebab Mama nak jalan2 and pergi Pertujukan Artifak Nabi Muhammad s.a.w dekat Masjid Al Azim Melaka. 

Dan bila orang tanya aku, "mana makan sedap dekat Melaka ni Faten?", mesti aku akan jawab Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Hehehe. Kedai ni da jadi kedai ruji family aku sebab tiap kali datang Melaka, memang akan tuju ke sini. Aku suka kedai ni sebab pertama, dia ada banyak jenis asam pedas, which is lauk wajib makan whenever kau datang Melaka, lepas tu ada banyak lauk2 kampung macam udang galah and siput sedut masak lemak, satu timbun ulaman, dan berbakul2 sambal belacan. JJCM pun pernah datang sini.

Kedai dia located betul2 dekat sebelah Mahkota Parade, row no 2 dari depan mengadap Menara Taming Sari. Usually memang akan packed during lunch, so datang la awal. Kedai dia ada 2 section, yang dekat luar and ruangan ade air-con. If aku datang dengan family aku, selalunye kitorg opt for aircon space tu sebab biasalah, family ai ramai diva. Tapi tengok nasib jugak la, selalunya air con area tu penuh je manjang. Luar pun selesa je sebab kedai dia sejuk, walaupun orang bersesak2.




all 3 photos above taken from google



Kedai ni ramaiiiii sangat orang, terutamanye kalau weekend and cuti sekolah. Tapi staff dia very effective dan tangkas. Sebab lauk semua da ready dalam pinggan kecik2, so mana lauk kau nak, just ambik je. Cepat la kan, takde la orang duk q sampai ke luar kedai. If duduk di ruangan aircon, kau kena order je dekat staff dia, nanti dia hidangkan.

Taste wise? Pada tekak aku, lauk dia sedap, dan yang penting, variety! Aku suka makan sini sebab bila makan sini, aku rasa macam makan dekat rumah, macam makan lauk mak aku masak. Serious aku tak tipu. Mak aku la, tak tau la rasa mak korang masak camana. HAHAHA. If you are the type yang suka lauk2 kampung macam ni, this is the place yang korang kena cuba! Price wise, kena tengok lauk apa korang ambik, if asam pedas, normally around RM 10 per plate. Udang galah and ketam etc memang mahal la kan, mana2 pergi pun memang akan mahal. Jangan la pulak kau amik udang galah 5 ketul, ketam 4 ketul, asam pedas 2 pinggan, bila bil kau RM 200++, kau tanya pulak "APSAL MAHAL?". Hahaha


Kitorang ambik lauk yang banyak macam ni for 10 orang makan, 2 set, harga RM 145.00.
Thanks Mak Teh belanja kitorang, next time belanja lagi k?
Hihihi. 

Restoran Asam Pedas Selera Kampung located at:
No G2, Jalan PM3, Mahkota Square,
Bandar Hilir, Melaka.

Friday, 27 May 2016

Dah Mengandung?


Aku rasa soalan ni la soalan aku paling kerap dengar sejak aku kahwin. 
For God sake, aku baru 3 bulan tau kahwin. Kenapa la kepochi sangat nak tanya soalan macam ni.

Seriously, seingat sepanjang umur hidup aku ni, tak sekali pun aku tanya dekat orang sekeliling, baik adik beradik aku, kawan2, atau sedare mara yang baru kahwin, dengan soalan "DAH MENGANDUNG?" atau "DA ADE ISI?" sambil pegang perut kau yang penuh nasi ayam yang kau makan tadi. Sebab secara logik nya kau boleh fikir kan, semua tu kuasa Tuhan, dan siapalah kau untuk menentukan, dan if orang tu tak cerita, so boleh tak KAU DIAM. Aku kadang2 rasa cam rimas lah, sebab kadang2 soalan tu datang dari orang yang rapat dengan aku which aku assume patutnye kau faham lebih faham aku, dan ada jugak yang tanya tu, bukan nye dia lepas kahwin terus mengandung pun, so aku assume dia lagi tahu la kan perasaannya bila ko baru je kawin tapi orang duk tanya2 kau. 

Siapa la yang dalam dunia ni bila kahwin, tak nak anak. Ada ke orang tak nak anak? Planning tu mungkin ramai la, tapi taknak ada anak langsung tu macam musykil pulak aku. A adalah orang yang rileks kalau pasal planning ni. Aku dengan A memang takde bincang nak plan ke apa,sebab masing2 umur da 27 pun, tapi kita still la kena percaya pada rezeki kan. Kita ni mampu merancang, tapi pokok pangkalnya jauh mana pun kau merancang, kalau Tuhan tak cakap "kunfayakun", tak jadi juga. Aku dan suami aku sangat percaya, yang bila sampai masanya yang Allah rasa sesuai untuk kami berdua, adalah anak tu. Kalau dah ditakdirkan takde, adalah hikmah yang terselindung yang Allah maha tahu.

I remember one ayat from Quran, shared by a wise friend: 


Semoga Allah tingkatkan kesabaran aku dan suami untuk hadap manusia2 macam ni. 
Amin. 

Thursday, 26 May 2016

Cara Jimat Elektrik


Semua maklum yang sejak el nino ni, bil elektrik semua orang memang mencanak2 naik nya. Aku mula2 cam "mehhh, ini semua proaganda orang2 facebook yang suka kecoh2 mende yang tak patut!". Tau je la makcik2 dekat fb tu kan suka up2 kan issue yang entah apa2. #thereasonideactivatedmyfacebook #butwhocares 

Tapi bila sampai bil aku bulan lepas, ohhh aah la naik sikit. Disebabkan aku adalah orang yang dipertanggungjawab untuk membayar bil2 utility, dah tentu la aku concern pasal bil naik and cara jimat. Well, biasalah kan, kedekut. HAHAHA. Ya Allah, maafkan lah diriku ini. 

Normally, bil aku akan around RM 25.00 jer per month sebab 2 orang je kan, and most of the time, kitorang kerja so memang takde dekat rumah. Tapi last month bil aku, RM 38.90 ye. Tu nasib baik takde econ, naik pun sebab aku rasa extra kipas, sebab kipas dalam bilik solat aku tarik ke hall. 

Ni antara cara2 jimat elektrik yang diusulkan di website TNB, boleh la try.





More details at tnb.com.my 
Cari! Jangan jadi kaum yang pemalas.
HAHAHA

Monday, 23 May 2016

Ah Keong Yong Tau Foo & Chee Cheong Fun @ Damansara Uptown


Assalamualaikum gais. *krik krik*

Kawan-kawan aku maklum tahu yang kedai ni memang kedai fav aku, dari zaman aku belajar lagi. Aku memang suka hawkers centre macam ni. Seronok tau. Tapi sejak duduk Seri Kembangan ni, aku jarang ke Damansara, sebab jauh yuols. Cam rengsek je nak kuar jalan2 cari makanan sampai ke Damansara, kecuali kalau macam teringin sangat sampai terfikir2 dan tengiang2 rasa makanan tu dekat hujung tekak.

Luckily, A ajak ke sini last Friday. Aku sebagai isteri taat, selalunya tak membantah. Dan2 je. Pdahal memang teringin. Disebabkan aku keluar office at 5pm, ktorang sampai agk awl, around 6pm. Kecewa sbb tak buka lagi gais. Hmmm. Uncle ni kata selalunya dia bukak around 630 pm. So if nak ke sini, datang around 630 pm tu da just nice la. 

Ah Keong Chee Cheong Fun ni terletak dekat Hawkers Center Damansara Uptown. Ni direction, yang dicedok melalui peranti serba tahu, Google and kyspeaks.com


Kedai Ah Keong ni, masuk2 je dekat pintu utama tu, turn ke kanan, kedai dia hujung sekali. Senang lah nak cari. Kedai ni halal tau, so sila makan tanpa was2. Nanti syubhah aiyokk kita tak tahuuuu! Super longgggggg q sangat normal ye bagi kedai ni, tapi dont worry, the service is efficient, always super fast one. Uncle ni also veryyyy friendly, uncle ni lah yang buat kita always rasa nak datang, nak datang and nak datang lagi. Walaupun wife dia, and sometimes ada anak perempuan dia jaga, dorang ni agak kekwaits sikit, selalunya tak senyum and bercakap pun. Hehehe. Nanti dekat tray depan tu, ada macam2 jenis fish cake, telur, wantan goreng, sayur and yong tau foo punya barang2 yang boleh korang pilih. Aku ni biasalah kan, dasar gemuk, always opt for the fried one. Some of the condiemtns aku rasa dia buat sendir,i some of them selalunye aku nampak dia kuarkan dari paket2, so ready made la kot. Kuah dia yang aku rasa dia 100% buat sendiri, and this is the fun part. 




Aku amik, kuew tiaw, fish cake goreng, wantan goreng. Ada 3 options for you to eat, with kuah manis pedas, kuah kari or sup. I normally opt for kuah pedas manis ni. Sumpah aku tak tipu, sedap gila. Manis campur pedas, kau memang the bomb. Tiberrr. Match pulak dengan sambal and nanti dia taruk bijan. Fish cake and wantan tu digoreng garing, nanti ada krap krup krap krup okestra dalam mulut korang masa makan ni. Haha. Kuah tu available for refill, Kan da cakap Uncle ni baik. Harga? Price wise aku rasa agak murah. Satu pinggan untuk kuantiti macam aku makan ni, only cost you RM 6.00. Apalah sangat RM 6 tu dengan level kesedapan yang dia da bagi tu kan.

Uncle ni selalu off day tak tetap. Penah seminggu tu aku datang 2-3 kali, tutup. Rupanya dia close sbb cuci dapur. Ciss. So tengok nasib lah ye. Tapi usually kalau takde pape, hari2 pun dia bukak je.

Address: 
Stall 1097, Damansara Uptown Hawker Centre, Jalan SS 21/39,
                Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Opening Hours: 
1900 - 0100 Daily (except for the unscheduled weekly off days)