Monday, 30 May 2016

Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Melaka

Hai! 

Spent my weekend at A's hometown dekat Tampin last week. On the way to Tampin, singgah kejap dekat Melaka sebab Mama nak jalan2 and pergi Pertujukan Artifak Nabi Muhammad s.a.w dekat Masjid Al Azim Melaka. 

Dan bila orang tanya aku, "mana makan sedap dekat Melaka ni Faten?", mesti aku akan jawab Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Hehehe. Kedai ni da jadi kedai ruji family aku sebab tiap kali datang Melaka, memang akan tuju ke sini. Aku suka kedai ni sebab pertama, dia ada banyak jenis asam pedas, which is lauk wajib makan whenever kau datang Melaka, lepas tu ada banyak lauk2 kampung macam udang galah and siput sedut masak lemak, satu timbun ulaman, dan berbakul2 sambal belacan. JJCM pun pernah datang sini.

Kedai dia located betul2 dekat sebelah Mahkota Parade, row no 2 dari depan mengadap Menara Taming Sari. Usually memang akan packed during lunch, so datang la awal. Kedai dia ada 2 section, yang dekat luar and ruangan ade air-con. If aku datang dengan family aku, selalunye kitorg opt for aircon space tu sebab biasalah, family ai ramai diva. Tapi tengok nasib jugak la, selalunya air con area tu penuh je manjang. Luar pun selesa je sebab kedai dia sejuk, walaupun orang bersesak2.




all 3 photos above taken from google



Kedai ni ramaiiiii sangat orang, terutamanye kalau weekend and cuti sekolah. Tapi staff dia very effective dan tangkas. Sebab lauk semua da ready dalam pinggan kecik2, so mana lauk kau nak, just ambik je. Cepat la kan, takde la orang duk q sampai ke luar kedai. If duduk di ruangan aircon, kau kena order je dekat staff dia, nanti dia hidangkan.

Taste wise? Pada tekak aku, lauk dia sedap, dan yang penting, variety! Aku suka makan sini sebab bila makan sini, aku rasa macam makan dekat rumah, macam makan lauk mak aku masak. Serious aku tak tipu. Mak aku la, tak tau la rasa mak korang masak camana. HAHAHA. If you are the type yang suka lauk2 kampung macam ni, this is the place yang korang kena cuba! Price wise, kena tengok lauk apa korang ambik, if asam pedas, normally around RM 10 per plate. Udang galah and ketam etc memang mahal la kan, mana2 pergi pun memang akan mahal. Jangan la pulak kau amik udang galah 5 ketul, ketam 4 ketul, asam pedas 2 pinggan, bila bil kau RM 200++, kau tanya pulak "APSAL MAHAL?". Hahaha


Kitorang ambik lauk yang banyak macam ni for 10 orang makan, 2 set, harga RM 145.00.
Thanks Mak Teh belanja kitorang, next time belanja lagi k?
Hihihi. 

Restoran Asam Pedas Selera Kampung located at:
No G2, Jalan PM3, Mahkota Square,
Bandar Hilir, Melaka.

Friday, 27 May 2016

Dah Mengandung?


Aku rasa soalan ni la soalan aku paling kerap dengar sejak aku kahwin. 
For God sake, aku baru 3 bulan tau kahwin. Kenapa la kepochi sangat nak tanya soalan macam ni.

Seriously, seingat sepanjang umur hidup aku ni, tak sekali pun aku tanya dekat orang sekeliling, baik adik beradik aku, kawan2, atau sedare mara yang baru kahwin, dengan soalan "DAH MENGANDUNG?" atau "DA ADE ISI?" sambil pegang perut kau yang penuh nasi ayam yang kau makan tadi. Sebab secara logik nya kau boleh fikir kan, semua tu kuasa Tuhan, dan siapalah kau untuk menentukan, dan if orang tu tak cerita, so boleh tak KAU DIAM. Aku kadang2 rasa cam rimas lah, sebab kadang2 soalan tu datang dari orang yang rapat dengan aku which aku assume patutnye kau faham lebih faham aku, dan ada jugak yang tanya tu, bukan nye dia lepas kahwin terus mengandung pun, so aku assume dia lagi tahu la kan perasaannya bila ko baru je kawin tapi orang duk tanya2 kau. 

Siapa la yang dalam dunia ni bila kahwin, tak nak anak. Ada ke orang tak nak anak? Planning tu mungkin ramai la, tapi taknak ada anak langsung tu macam musykil pulak aku. A adalah orang yang rileks kalau pasal planning ni. Aku dengan A memang takde bincang nak plan ke apa,sebab masing2 umur da 27 pun, tapi kita still la kena percaya pada rezeki kan. Kita ni mampu merancang, tapi pokok pangkalnya jauh mana pun kau merancang, kalau Tuhan tak cakap "kunfayakun", tak jadi juga. Aku dan suami aku sangat percaya, yang bila sampai masanya yang Allah rasa sesuai untuk kami berdua, adalah anak tu. Kalau dah ditakdirkan takde, adalah hikmah yang terselindung yang Allah maha tahu.

I remember one ayat from Quran, shared by a wise friend: 


Semoga Allah tingkatkan kesabaran aku dan suami untuk hadap manusia2 macam ni. 
Amin. 

Thursday, 26 May 2016

Cara Jimat Elektrik


Semua maklum yang sejak el nino ni, bil elektrik semua orang memang mencanak2 naik nya. Aku mula2 cam "mehhh, ini semua proaganda orang2 facebook yang suka kecoh2 mende yang tak patut!". Tau je la makcik2 dekat fb tu kan suka up2 kan issue yang entah apa2. #thereasonideactivatedmyfacebook #butwhocares 

Tapi bila sampai bil aku bulan lepas, ohhh aah la naik sikit. Disebabkan aku adalah orang yang dipertanggungjawab untuk membayar bil2 utility, dah tentu la aku concern pasal bil naik and cara jimat. Well, biasalah kan, kedekut. HAHAHA. Ya Allah, maafkan lah diriku ini. 

Normally, bil aku akan around RM 25.00 jer per month sebab 2 orang je kan, and most of the time, kitorang kerja so memang takde dekat rumah. Tapi last month bil aku, RM 38.90 ye. Tu nasib baik takde econ, naik pun sebab aku rasa extra kipas, sebab kipas dalam bilik solat aku tarik ke hall. 

Ni antara cara2 jimat elektrik yang diusulkan di website TNB, boleh la try.





More details at tnb.com.my 
Cari! Jangan jadi kaum yang pemalas.
HAHAHA

Monday, 23 May 2016

Ah Keong Yong Tau Foo & Chee Cheong Fun @ Damansara Uptown


Assalamualaikum gais. *krik krik*

Kawan-kawan aku maklum tahu yang kedai ni memang kedai fav aku, dari zaman aku belajar lagi. Aku memang suka hawkers centre macam ni. Seronok tau. Tapi sejak duduk Seri Kembangan ni, aku jarang ke Damansara, sebab jauh yuols. Cam rengsek je nak kuar jalan2 cari makanan sampai ke Damansara, kecuali kalau macam teringin sangat sampai terfikir2 dan tengiang2 rasa makanan tu dekat hujung tekak.

Luckily, A ajak ke sini last Friday. Aku sebagai isteri taat, selalunya tak membantah. Dan2 je. Pdahal memang teringin. Disebabkan aku keluar office at 5pm, ktorang sampai agk awl, around 6pm. Kecewa sbb tak buka lagi gais. Hmmm. Uncle ni kata selalunya dia bukak around 630 pm. So if nak ke sini, datang around 630 pm tu da just nice la. 

Ah Keong Chee Cheong Fun ni terletak dekat Hawkers Center Damansara Uptown. Ni direction, yang dicedok melalui peranti serba tahu, Google and kyspeaks.com


Kedai Ah Keong ni, masuk2 je dekat pintu utama tu, turn ke kanan, kedai dia hujung sekali. Senang lah nak cari. Kedai ni halal tau, so sila makan tanpa was2. Nanti syubhah aiyokk kita tak tahuuuu! Super longgggggg q sangat normal ye bagi kedai ni, tapi dont worry, the service is efficient, always super fast one. Uncle ni also veryyyy friendly, uncle ni lah yang buat kita always rasa nak datang, nak datang and nak datang lagi. Walaupun wife dia, and sometimes ada anak perempuan dia jaga, dorang ni agak kekwaits sikit, selalunya tak senyum and bercakap pun. Hehehe. Nanti dekat tray depan tu, ada macam2 jenis fish cake, telur, wantan goreng, sayur and yong tau foo punya barang2 yang boleh korang pilih. Aku ni biasalah kan, dasar gemuk, always opt for the fried one. Some of the condiemtns aku rasa dia buat sendir,i some of them selalunye aku nampak dia kuarkan dari paket2, so ready made la kot. Kuah dia yang aku rasa dia 100% buat sendiri, and this is the fun part. 




Aku amik, kuew tiaw, fish cake goreng, wantan goreng. Ada 3 options for you to eat, with kuah manis pedas, kuah kari or sup. I normally opt for kuah pedas manis ni. Sumpah aku tak tipu, sedap gila. Manis campur pedas, kau memang the bomb. Tiberrr. Match pulak dengan sambal and nanti dia taruk bijan. Fish cake and wantan tu digoreng garing, nanti ada krap krup krap krup okestra dalam mulut korang masa makan ni. Haha. Kuah tu available for refill, Kan da cakap Uncle ni baik. Harga? Price wise aku rasa agak murah. Satu pinggan untuk kuantiti macam aku makan ni, only cost you RM 6.00. Apalah sangat RM 6 tu dengan level kesedapan yang dia da bagi tu kan.

Uncle ni selalu off day tak tetap. Penah seminggu tu aku datang 2-3 kali, tutup. Rupanya dia close sbb cuci dapur. Ciss. So tengok nasib lah ye. Tapi usually kalau takde pape, hari2 pun dia bukak je.

Address: 
Stall 1097, Damansara Uptown Hawker Centre, Jalan SS 21/39,
                Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Opening Hours: 
1900 - 0100 Daily (except for the unscheduled weekly off days)

Monday, 16 May 2016

Selamat Hari Guru, Cikgu!


Selamat Hari Guru 2016!

Dalam hidup aku, ada beberape je cikgu yang bagi kesan dekat hidup aku. Yang aku ingat ni adelah yang beri kesan dekat hidup aku dalam skala besar, atau yang bagi trauma dalam hidup aku dalam skala kecil. Kalau ingat balik boleh lah buat bahan gelak.

Cikgu Rosila Ariffin, SK Bandar Endau circa 1996-1999
Cikgu Rosila ni guru kelas aku dan cikgu BM. Aku suka sangat cikgu ni sebab first dia ajar aku camana nak baca, sebab dulu aku masuk darjah 1, haram aku tak reti baca. Apsal tah sengal sangat. HAHAHA. Cikgu ni cantik, dia suka melaram dan kebaya dia semua cantik2. Dia baik dengan mak aku sebab mak aku aktif PIBG satu ketika dulu. Masa tahun 1999, tahun di mana mak abah aku divorced, dia lah orang pertama tanya aku okay x, dan what happen to ur mom and dad? Gituu. Concern sangat. Dan selepas itu, satu sekolah tau mak abah aku da divorced dan semua pun cam kesian2 dekat kitorang adik bradik, padahal kitorang lek2 je. #toughkids . 

Cikgu Aziz, SK Bandar Endau circa 1996-1999
Cikgu Aziz ni cikgu yang paling baik dalam dunia. CIkgu Aziz tak pernah ajar aku tapi di ajar kakak2 aku dan abang aku. Kalau abah amik aku lambat, mesti dia tumpangkan aku dan kakak aku. Ingat lagi kereta dia kereta Toyota color merah. Punyalah selalu dia tumpangkan kitorang sebab abah selalu kerja jauh dan balik lambat, sampai aku dengan kakak aku malu, sampai nyorok2 bawah kerusi sebab taknak tumpang dia. HAHAHA bodoh sangat. Dia and wife dia ni baik dengan mak abah aku jugak. Mak selalu tempah kuih raya dengan wife dia. Dia ada kedai nasi ayam, dulu2 hari2 pun makan kedai dia, cam sukaaaaa sangat nasi ayam dia, rasa macam nasi ayam dia lah yang paling sedap dalam dunia. And around tahun 2014 mak aku ade la bawak aku ke Endau tengok rumah Arwah Nyang, sempat singgah kedai nasi ayam dia tapi nasi ayam dia dah tak sedap dekat tekak aku. Hahaha.

Cikgu Azizah, SK Parit Kadhi circa 2001
Jump over terus ke tahun 2001 sebab banyak pindah2 sekolah. Cikgu Azizah adalah cikgu English masa aku darjah 6. Seingat aku, sepanjang aku darjah 1-5, aku agak lemah dalam English, macam tah kenapa tak sukaaa sangat. Exam manjang dapat B and C. Tapi start belajar dengan Cikgu Azizah, terus mencanak2 result English aku. Xtau kenapa, taku rasa sebab dia ajar best kot. Start tu aku terus suka English, dan suka dengar lagu English and buat karangan English. Terus maintain A untuk UPSR sampai SPM dan jadi rujukan kawan2 jugak untuk tolong ajar English. Tapi takde rezeki untuk sambung belajar course TESL. I even cant imagine my self as a teacher . #badinfluence

Arwah Cikgu Rafi, SM Tengku Mahmud Iskandar circa 2003-2004
Cikgu Rafi adalah cikgu yang paling garang aku pernah jumpa sebelum aku start belajar KH dengan dia masa form 3. Masa aku form 1 and form 2, semua orang cerita yang Cikgu Rafi ni garang, selalu pukul budak nakal. Alkisah masa tu dah hujung tahun, so tau je la, exam pun dah habis so datang sekolah hanyalah untuk tujuan berpeleseran dan lepak dalam kelas. Aku haus, masa tu da after rehat. Aku mintak kawan aku yang paling berani g beli aiskrim dekat koperasi. Lepas kawan aku da g beli aiskrim, on the way dia nak masuk kelas, tiba2 Cikgu Rafi tahan kawan aku ni dengan kaki dia dekat pintu kelas dan tanya "KAU PERGI MANA?" Kuuuuu semangat kecut perut time tu tau sebab mana lah boleh beli makanan dekat koperasi after recess period. Kitorang kena marah time tu dan kena baling buku. Lulssss. Good memory. And aku form 3, aku belajar dengan Cikgu Rafi. Baru aku tau dia lah cikgu yang paling cool sekali dalam sekolah tu. Tak sangka dia baik gila dalam kelas tu, he even play guitar for us during teaching. Siap tanya " HARI NI NAK LAGU APE?" Aku belajar patri dalam kelas dia, dan berparut. Geeezzz thanks Cikgu. Dia duduk selang 5 buah rumah dr rumah aku, and tahun 2005, dia meninggal sebab sakit paru2 berair. You will always be missed Cikgu Rafi, Alfatihah. 

Umi Afni, SM Teknik Muar circa 2005-2006
Aku form 4 and form 5 di Teknik, and stay dekat asrama. Satu malam masa minggu orientasi, ada makhluk yang curi selipar warden asrama dekat surau. Dan malangnya, selipar tu selipar Umi Afni yuols. Umi Afni adalah bekas tentera yang ajar PJ dan jadi warden asrama perempuan. Terus students form 4 semua kena panggil and dipaksa mengaku. Tapi malangnya, takde siapa pun yang mengaku. Disebabkan takde siapa pun mengaku, semua orang kena jalan itik sebagai denda. Dan untuk menambah keseronokan Umi Afni, dia suruh kitorang jalan itik dari ground floor sampai tingkat 3, dan turun balik. 3 hari kami kengkang2 ke sekolah. Sakit tau. Lepas beberapa minggu baru tau, si pencuri tu sebenarnya one of kawan kitorang, nama dia Liza. Celaka kau Liza.

Umi Lia, SM Teknik Muar circa 2006
Umi Lia jugak one of our warden asrama perempuan. Umi Lia adalah orang yang sangat lantang. Sekali dia jerit, bertempiaran orang lari. Dia selalu panggil roll call tengah2 malam, macam la tak boleh tunggu esok pagi untuk bincangkan hal asrama. Pfft. Satu pagi Sabtu yang hening, hujan time tu. Lebat. Biasa lah kan weekend. Pagi kami kena duduk di prep, tapi tak study pun. Aku dengan kawan2 borak, dan terjumpa sesuatu yang lucu, terus kitorang gelak2 dan bermula lah aksi kejar mengejar sampai naik atas meja prep. Ingatkan warden tak dengar sebab hujan kan. Sekali nampak Umi Lia otw ke prep kami, cepat2 kami duduk. Sampai je dia depan pintu, dengan muka bengisnya dan terus tanya " SIAPA YANG BISING TADI?" nak taknak kena mengaku gais sebab buruk padahnye kalau tak mengaku. Terus kena berdiri dalam hujan, dan kawan aku yang paling kecil dan paling dekat dengan Umi Lia kena tampar sebab kitorang tak cakap kenapa sebab bising. Padahal kawan aku tu gelak je, takde pun naik atas meja. HAHAHA

Kalau difikir2 balik, memang kelakar. Banyak sangat kenangan.
Cikgu2 ni kira antara yang banyak mengajar aku pasal kehidupan.
Takde diorang siapa lah kita. Takde lah aku dok kerja dekat company besar, dengan gaji yang aku rasa agak besar di umur 27 tahun aku ni. Alhamdullilah.

Terima Kasih Cikgu.
Selamat Hari Guru!

Thursday, 12 May 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2






Selain dari Pitch Pefect, Star Wars, Avengers dan Princess Diaries, AADC2 jugak adalah one of sequel yang aku nanti dan tunggu2. AADC first dulu aku tengok around 2002, masa tu aku Form 2. Gasak lah time tu dok gilakan si Rangga, pastu semua menda aku nak colour pink macam Cinta. Adui feelinggggg2 sangat, tak boleh blah betul. So masa aku tengok promo Line yang ade casts AADC, and after dorang da announce confirm akan ada AADC2 tahun 2016 ni, memang siang2 aku da cakap dekat A, "you mesti kena ikut I pergi tengok ni, kalau tak kita clash!" HAHAHA tipu je part clash tu. Kita sayang husband kita. A selalu okay if aku ajak dia tengok cerita perempuan2 macam ni, sebab aku pun ikut je if dia nak tengok cerita ganas2 tembak2 dekat kepala. 

Seriously, enjoyed sangat tengok cerita ni. Sooooo good to watch all of them again, after 14 years. Except Alia, dalam cerita ni dia dah mati pulak. Milly still cute macam dulu. Cinta is sooooooooo beautiful. Maura maintain cantik macam 14 tahun lepas, dan Karmen da kurus, like seriously kurus. Rangga jugak maintain confusing macam dulu, tapi better sebab dah ade kerjaya yang baguzzzz.

Ni comments saya yang tak seberapa:
  • Aku sedikit tak puas hati dengan alasan Rangga clash dengan Cinta. Hmmm like 14 tahun kau tak jumpa, itu je alasan yuols? Hmmm. Kalau aku jadi Cinta, dah aku robek2 muka si Rangga ni. Luls. Tetiba jadi thriller movie pulak nanti. 
  • Plot cerita dia direct je. Even kalau kau tak tengok AADC pun boleh faham. Takde dia nak belitkan2 cerita untuk test kemampuan penonton untuk berfikir.
  • Majority of the scenes banyak focus dekat Yogjakarta. Soooo cantik. Aku suka diorang punya cinematography. Wayyy better than the first one. Atau cerita ni memang matlamat dia nak promote Yogkjakarta ke?
  • Ending AADC2 ni masih berkait dengan airport tau. HAHAHA. Tapi nasib baik Cinta tak sempat nak jumpa Rangga dekat airport, kalau tak, very the sameeeeee sajork ending dia for both sequels.
  • I love the ending, tapi still, Cinta dan Rangga ngak terus bernikah donngggggg! Mesti ada AADC3 kan?
  • The friendship value yang pengarah cuba terapkan is so closeeee to me. Terus terbayang kawan2 baik saya. I love how they still maintain close even after 14 years apart. Sedih masa part diaorang bagi gelang dekat Karmen, untuk support Karmen yang dah ditinggalkan suami dan taubat dari pakei dadah terusan.
  • Even bakal suami Cinta pakai BMW, tenang2 aja dia tinggalkan bf dia for Rangga yang biasa2 je tu. Salute! 
  • Lagu2 OST this time tak berapa nak terkesan sangat dekat hati macam AADC. Except lagu Ratusan Purnama dan Bimbang yang dah di hip kan. 

Dan satu soalan yang aku fikir dari 2-3 minggu lepas:



Apsal Rangga dalam cerita ni tak HELOK macam AADC 14 tahun lepas? 



Wednesday, 11 May 2016

Kopi Luwak Bali


Salah satu tarikan dekat Bali ni adalah Kopi Luwak. Mana2 ko tanya orang pun, mesti dorang akan suggest kau pergi cari kopi ni kalau ke Bali. Kopi luwak ni adalah kopi yang dihasilkan oleh hasil cernaan luwak tu sendiri. Luwak ni macam musang kecil, dia akan pilih bijik kopi yang the best dan berkualiti, dan akan makan and cerna, kopi tu lah yang dorang akan process untuk buat kopi. Unik kan? Mula2 aku rasa cam agak euw jugak sebab da tentu2 kopi tu kuar dari bontot dia, tapi try je lah. #YOLO

Orang kata kopi luwak ni adalah salah satu kopi yang termahal di dunia. So boleh lah nanti aku gebang dekat anak cucu aku "Ai da minum one of the most expensive coffee in the world, kau ada?". Menurut adik yang assist kami masa visit ke plantation ni, dia kata harga untuk kopi luwak ni boleh cecah USD 700.00 per kg. Okay ni power. Kopi luwak ni pulak mainly dihasilkan di kepulauan Sumatra, Jawa, Bali dan Sulawesi. So memang tak dapat kat majority tempat lain. Agak rugi la kalau kau da datang Bali, tapi x try benda yang memang akan ade dekat sini je, susah nak cari ke tempat lain. Ye tak?

Pak Hery kata, sepanjang jalan ni ade byk plantation kopi luwak ni. Boleh pilih mana2. From Tegalalang, only takes around 20-30 mins untuk ke area plantation ni. Masuk2 je ade orang yang akan assist korang dan kenalkan dengan jenis2 kopi or tanaman yang dorang tanam dekat plantation kecil dia. Dalam cage ade lah luwak tu. So boleh lah tengok. Yang tak dalam cage pun ada, tapi dia tak kacau orang. Adik tu la kata, sebab aku tak nampak pun luwak tu berkeliaran dekat pokok2 atas tu. Dia akan explain jugak process untuk dia hasilkan biji kopi ni. Dari tahi luwak ni, pastu dorang akan cuci and singai, sampai ready as end product.

 
Luwak.

 Makcik singai kopi.

Dorang jugak ade cafe kecil yang boleh ko lepak sambil tengok view atas bukit yang sooooo calming. Semua orang akan dapat trial coffee free. Ada kopi kelapa, kulit manggis etc. Paling sedap of course kopi kelapa. For kopi luwak. kalau nak try kena bayar. Harga untuk 1 cawan, IDR 150,000.00. The taste? Aku rasa taste tu subjective. Personally aku bukan lah peminat coffee, so aku rasa dia lebih kurang je macam coffee biasa tapi ada masam2 sikit. More kaw I guess. Tapi in the end aku rasa kopi ni worth to try. Ade sesetengah orang kata cam sama je coffee lain, kopi 434 jugak yang sedap. See? Lain tekak lain pendapat. 

Free trial coffee.


Lepas minum kopi, boleh head to kedai souvenir. Kalau interested nak bawak balik, ada macam2 kopi yang da siap packed untuk korang beli for souvenirs. Harga around IDR 200,000.00 x silap for kopi biasa. Kitorang hanye beli untuk Mama and Abah je, tu pun kopi kelapa je, sebab  kopi luwak tu mahal yuols, lagipun dekat rumah tak minum pun kopi. Teh uncang tu pun 4 tahun baru abis sekotak. HAHAHA. Sempat jugak kitorang singgah makan durian dekat tepi jalan otw nak balik. A memang suka makan durian, pantang nampak durian mesti ajak aku makan. Durian sana murah, kitorang makan sebijik, around IDR 30,000.00 sajork. Durian kampung, sedap pulak tu. Lagi sedap dari makan durian buffet dekat PJ tu. 

Entah, tak tau siapa. Luls

Kalau datang Bali, try tau. Kalau tak try nanti tak dapat menggebang dan cerita kat anak cucu. 

Wednesday, 4 May 2016

Nasi Lemak Village Park, Damansara Uptown


Aku sebelum ni xtau pun kewujudan kedai ni, sampai ternampak dekat Instagram. Aku suka baca food reviews tapi entah kenapa tak pernah terbaca pasal nasi lemak ni.

Dan satu pagi, rasa macam nak sangat makan nasi lemak. Agak rare ye sebab aku jarang jarang jarang sekali makan nasi lemak. So okay lah pergi try Nasi Lemak Village Park. Walaupun agak jauh dari rumah tapi sebab nafsu makan tu, aku gagahi jua. Kalau di ikut review, memang orang kata tempat ni agak crowded, and we decided to go very very very early. Aku sampai pun dalam pkul 9, seat masih ada tapi limited. Kedai ni usually packed during breakfast and lunch ye, so if korang nak pergi, sampai la seawal yang boleh. Kalau tak, mereput tunggu seat. Belum kira lagi tunggu manusia2 yang jenis kalau nampak orang tunggu nak duduk tepi meja dia, lagi lahhhhh lama dia lepak. 

For direction, korang waze Nasi Lemak Village Park. Sangat senang nak cari, deret2 shoplot dekat area Uptown Damansara. Makanan agak straight forward, nasi lemak. Sangat membantu tak explaination aku ni? HAHAHA. To be frank, menu dia simple je. As for nasi lemak, ada 2 choice lauk, ayam goreng dan rendang. if taknak try nasi lemak, ade jugak menu lain nasi dagang, laksa, mee rebus, mee kari etc.


Nasi Lemak Ayam Goreng, RM 9.00


Walaupun harga dia agak pricey, aku rasa berbaloi dengan rasa dia. Nasi dia very peroi dan rasa berlemak. Aku suka nasi lemak yang macam ni, sebab kadang2 nasi lemak jadi tak sedap sebab nasi dia berketul2 dan rasa cam tak ikhlas gitu santan nya. Cam tak mesraaaa gitu dengan sambal kalau kau gaul dan cepat muak. Sambal sedap, manis dan pedas. The highlight dalam pinggan ni aku rasa adalah ayam dia. Garing dan berempah, while daging dia masih juicy. Hmmmmm terliur pulak time type ni. #firstworldproblem


If tanya aku mana nasi lemak yang sedap dekat KL, aku surely akan recommend Nasi Lemak Village Park.

Nasi Lemak Village Park located at:
5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Operation hours: 7.00am-8.00pm on Tues-Sats, 
7.00am-06.00pm on Suns, 
closed on Mondays.

Wedding Stuff : Makeup Artist

Yay. Bersiaran kita kembali hari ni. Cuti panjang weekend lepas sebab kejadian Labor Day, so terus takda mood nak buat semua menda. Berjangkit2 sampai ke ari Rabu. Over sangat yuols. Hebat sangat penangan cuti panjang kali ni. 

Ni nak cerita pasal makeup artist pulak untuk wedding 2 bulan lepas. MUA ni pun salah satu benda awal yang aku ticking off from the list. Around awal tahun 2015 da start survey2, sebab aku rasa agak penting jugak untuk allocate budget lebih for MUA. Ye lah sebab dia touch up kan muka kita kan, dah memang muka pun yang akan orang tatap sepanjang hari tu, takkan lah nak makeup asal ado je. So tak salah la nak spend lebih skit dekat aspek ni. Yang penting semua ikut budget masing2 ye tak. Ade je mulut2 longkang yang bila tanya, dorang cakap "eee mahalnye, dulu time aku *insert cheap price here* je, elok je muka" . Hmmm gitu pulak. Konsep aku senang je, time kau, kau punya pasal la, ade aku kesah? So jangan la sibuk2 nak bagi opinion tanpa diminta. Take note eh kalau ko berada di sekeliling orang yang bakal berkahwin.

So berbalik kepada kisah MUA ni, aku ada shortlisted a few MUA yang aku suka. Try jugak cari yang dekat area Johor and Melaka, tapi cam tak jumpa pulak yang berkenan di hati. Yang aku try mintak diaorang quote : Ramzamode, Nabbyboo, Ati Harun. Unfortunately, ni semua quote lebih dari budget aku. Lagipun dorang ni da pro, da banyak buat class and makeup artis2 and model2, cheapest pun RM 700 per session which is Kak Ati, as of April 2015. Cari punya cari, aku jumpa Adila Malek dekat Instagram. Teknologi ni memang membantu tau. Terbayang aku cmana lah orang dulu2 buat research untuk kahwin kan kalau takde mende ni semua.

Contact Adila, dia kata time aku nak tu available. Harga dia quote as of April 2015 is RM 500 per session, with additional RM 200 for transportation cost sebab dia charge FOC untuk within Klang Valley je. Ngam2 choi budget kita yuols. Terus ai decide nak pergi test makeup. For test makeup, dia charge RM 200. Makeup dia x tebal sangat which aku suka la. Sebab aku nak makeup cantik, tapi tak nak la feeling2 wanita agam. Nak light2 je, yang bila makeup still nampak rupa aku, bukan rupa Siti Nurhaliza. HAHAHA feelingggg! Terus kita book dia on the spot!

Nak dijadikan plot cerita, 3 months before aku kahwin, tiba2 aku nampak Adila ni post baby bump dia. Agak besar jugak time tu. Aku cam "OMG dia pregnant lah". Time2 tu gak aku whatsapp dia, dan dia cakap dia due awal bulan 3, so kira majlis aku tu dia tengah tunggu hari. Aku punya nervous takyah cakap la. Sebab ye lah takut jugak dia terberanak awal, walaupun aku tahu dia akan hantar replacement, tapi kita nak diaaaaaa, xnak orang ganti. Hehe. 

Alhamdullilah, masa hari majlis tu dia ade je. Dengan perut besar dia makeup aku. Risau je aku takut dia penat, 2 jam tau berdiri. Tapi very the gigih dia ni. rilek aje. Mungkin sebab dia dah biasa kot. Adila ni very bubbly, aku susah nak selesa dengan orang baru, tapi dengan dia aku selesa. Dia ikut je ape kita nak sambil dia recommend ape yang dia rasa okay. If korang suka makeup yang jenis gini which is yang tak berat tapi dalam masa yang same enhance your features, dia lah orang yang patut korang cari. Totally recommended!


Kiri: Reception, Kanan: Solemnization

Memang untuk reception aku mintak yang gelap or garang sikit sebab malam nikah tu da very soft gitu. Nanti cam boring pulak kalau orang tengok 2-2 hari. Luls. Makeup dia tak de pun pecah ke ape even aku da bergasak berpeluh2 dari tengahari sampai ke outdoor session petang tu, muka iols tetep maintain. Mungkin sebab product2 yang dia guna semua brand Chanel, Nars, Mac etc. So sebab tu tahan lama kot? Nombor Adila ni pun salah satu vendor kahwin aku yang aku still simpan sampai hari ni. Mana tau nanti nak pergi annual dinner ke kawan aku kahwin dekat hotel ke, nak suruh dia tolong makeup kan lagi. Hihihi

You can contact Adila at:

Whatsapp: + 6010 220 7690
Instagram: @adilamalek