Selamat Hari Guru 2016!
Dalam hidup aku, ada beberape je cikgu yang bagi kesan dekat hidup aku. Yang aku ingat ni adelah yang beri kesan dekat hidup aku dalam skala besar, atau yang bagi trauma dalam hidup aku dalam skala kecil. Kalau ingat balik boleh lah buat bahan gelak.
Cikgu Rosila Ariffin, SK Bandar Endau circa 1996-1999
Cikgu Rosila ni guru kelas aku dan cikgu BM. Aku suka sangat cikgu ni sebab first dia ajar aku camana nak baca, sebab dulu aku masuk darjah 1, haram aku tak reti baca. Apsal tah sengal sangat. HAHAHA. Cikgu ni cantik, dia suka melaram dan kebaya dia semua cantik2. Dia baik dengan mak aku sebab mak aku aktif PIBG satu ketika dulu. Masa tahun 1999, tahun di mana mak abah aku divorced, dia lah orang pertama tanya aku okay x, dan what happen to ur mom and dad? Gituu. Concern sangat. Dan selepas itu, satu sekolah tau mak abah aku da divorced dan semua pun cam kesian2 dekat kitorang adik bradik, padahal kitorang lek2 je. #toughkids .
Cikgu Aziz, SK Bandar Endau circa 1996-1999
Cikgu Aziz ni cikgu yang paling baik dalam dunia. CIkgu Aziz tak pernah ajar aku tapi di ajar kakak2 aku dan abang aku. Kalau abah amik aku lambat, mesti dia tumpangkan aku dan kakak aku. Ingat lagi kereta dia kereta Toyota color merah. Punyalah selalu dia tumpangkan kitorang sebab abah selalu kerja jauh dan balik lambat, sampai aku dengan kakak aku malu, sampai nyorok2 bawah kerusi sebab taknak tumpang dia. HAHAHA bodoh sangat. Dia and wife dia ni baik dengan mak abah aku jugak. Mak selalu tempah kuih raya dengan wife dia. Dia ada kedai nasi ayam, dulu2 hari2 pun makan kedai dia, cam sukaaaaa sangat nasi ayam dia, rasa macam nasi ayam dia lah yang paling sedap dalam dunia. And around tahun 2014 mak aku ade la bawak aku ke Endau tengok rumah Arwah Nyang, sempat singgah kedai nasi ayam dia tapi nasi ayam dia dah tak sedap dekat tekak aku. Hahaha.
Cikgu Azizah, SK Parit Kadhi circa 2001
Jump over terus ke tahun 2001 sebab banyak pindah2 sekolah. Cikgu Azizah adalah cikgu English masa aku darjah 6. Seingat aku, sepanjang aku darjah 1-5, aku agak lemah dalam English, macam tah kenapa tak sukaaa sangat. Exam manjang dapat B and C. Tapi start belajar dengan Cikgu Azizah, terus mencanak2 result English aku. Xtau kenapa, taku rasa sebab dia ajar best kot. Start tu aku terus suka English, dan suka dengar lagu English and buat karangan English. Terus maintain A untuk UPSR sampai SPM dan jadi rujukan kawan2 jugak untuk tolong ajar English. Tapi takde rezeki untuk sambung belajar course TESL. I even cant imagine my self as a teacher . #badinfluence
Arwah Cikgu Rafi, SM Tengku Mahmud Iskandar circa 2003-2004
Cikgu Rafi adalah cikgu yang paling garang aku pernah jumpa sebelum aku start belajar KH dengan dia masa form 3. Masa aku form 1 and form 2, semua orang cerita yang Cikgu Rafi ni garang, selalu pukul budak nakal. Alkisah masa tu dah hujung tahun, so tau je la, exam pun dah habis so datang sekolah hanyalah untuk tujuan berpeleseran dan lepak dalam kelas. Aku haus, masa tu da after rehat. Aku mintak kawan aku yang paling berani g beli aiskrim dekat koperasi. Lepas kawan aku da g beli aiskrim, on the way dia nak masuk kelas, tiba2 Cikgu Rafi tahan kawan aku ni dengan kaki dia dekat pintu kelas dan tanya "KAU PERGI MANA?" Kuuuuu semangat kecut perut time tu tau sebab mana lah boleh beli makanan dekat koperasi after recess period. Kitorang kena marah time tu dan kena baling buku. Lulssss. Good memory. And aku form 3, aku belajar dengan Cikgu Rafi. Baru aku tau dia lah cikgu yang paling cool sekali dalam sekolah tu. Tak sangka dia baik gila dalam kelas tu, he even play guitar for us during teaching. Siap tanya " HARI NI NAK LAGU APE?" Aku belajar patri dalam kelas dia, dan berparut. Geeezzz thanks Cikgu. Dia duduk selang 5 buah rumah dr rumah aku, and tahun 2005, dia meninggal sebab sakit paru2 berair. You will always be missed Cikgu Rafi, Alfatihah.
Umi Afni, SM Teknik Muar circa 2005-2006
Aku form 4 and form 5 di Teknik, and stay dekat asrama. Satu malam masa minggu orientasi, ada makhluk yang curi selipar warden asrama dekat surau. Dan malangnya, selipar tu selipar Umi Afni yuols. Umi Afni adalah bekas tentera yang ajar PJ dan jadi warden asrama perempuan. Terus students form 4 semua kena panggil and dipaksa mengaku. Tapi malangnya, takde siapa pun yang mengaku. Disebabkan takde siapa pun mengaku, semua orang kena jalan itik sebagai denda. Dan untuk menambah keseronokan Umi Afni, dia suruh kitorang jalan itik dari ground floor sampai tingkat 3, dan turun balik. 3 hari kami kengkang2 ke sekolah. Sakit tau. Lepas beberapa minggu baru tau, si pencuri tu sebenarnya one of kawan kitorang, nama dia Liza. Celaka kau Liza.
Umi Lia, SM Teknik Muar circa 2006
Umi Lia jugak one of our warden asrama perempuan. Umi Lia adalah orang yang sangat lantang. Sekali dia jerit, bertempiaran orang lari. Dia selalu panggil roll call tengah2 malam, macam la tak boleh tunggu esok pagi untuk bincangkan hal asrama. Pfft. Satu pagi Sabtu yang hening, hujan time tu. Lebat. Biasa lah kan weekend. Pagi kami kena duduk di prep, tapi tak study pun. Aku dengan kawan2 borak, dan terjumpa sesuatu yang lucu, terus kitorang gelak2 dan bermula lah aksi kejar mengejar sampai naik atas meja prep. Ingatkan warden tak dengar sebab hujan kan. Sekali nampak Umi Lia otw ke prep kami, cepat2 kami duduk. Sampai je dia depan pintu, dengan muka bengisnya dan terus tanya " SIAPA YANG BISING TADI?" nak taknak kena mengaku gais sebab buruk padahnye kalau tak mengaku. Terus kena berdiri dalam hujan, dan kawan aku yang paling kecil dan paling dekat dengan Umi Lia kena tampar sebab kitorang tak cakap kenapa sebab bising. Padahal kawan aku tu gelak je, takde pun naik atas meja. HAHAHA
Kalau difikir2 balik, memang kelakar. Banyak sangat kenangan.
Cikgu2 ni kira antara yang banyak mengajar aku pasal kehidupan.
Takde diorang siapa lah kita. Takde lah aku dok kerja dekat company besar, dengan gaji yang aku rasa agak besar di umur 27 tahun aku ni. Alhamdullilah.
Terima Kasih Cikgu.
Selamat Hari Guru!